Ahad, 29 April 2012

PHANTOM FAT

Assalamua'laikum kepada pembaca.
Hari ini, hari saya berehat dari bersenam kerana jadual agak padat dengan persiapan untuk ke luar kota. Alhamdulillah. Perjalanan hidup sihat saya sudah pun berusia 7 bulan. Pelbagai rintangan dan dugaan sepanjang proses ini berlaku. Syukur, niat saya tetap terus teguh. Azam dan kekuatan yang entah datang dari mana itu terus tetap dalam diri. 

Namun, dengan berkurangnya berat badan saya, saya masih mempunyai kesukaran untuk menerima hakikat bahawa saya sudah hilang 18kg berat badan. Saya masih melihat diri saya sebagai seorang yang gemuk dan tidak sihat. Saya mengambil masa sekurang-kurangnya satu jam untuk memilih baju apa yang bakal saya pakai untuk kelihatan kurus. Saya tidak berani berdiri di atas kerusi plastik kerana takut kerusi akan patah kerana badan saya yang berat. Pelbagai lagi gejala yang menghantui hidup saya sejak akhir-akhir ini. 

Puas saya mencari jawapan tentang permasalahan yang saya hadapi. Akhirnya saya dapat mengenali fenomena yang berlaku pada diri saya ini. Ia dikenali sebagai "phantom fat". Seperti juga gejala phantom limb yang berlaku pada pesakit yang telah diamputasi anggota badannya. Pesakit biasanya merasakan seolah-olah masih mempunyai bahagia anggota badan yang telah diamputasi. 

Phantom fat pula adalah rasa masih gemuk atau mempunyai lemak yang berlebihan walaupun setelah kehilangan berpuluh kilogram berat badan. Biasanya hal ini disebabkan oleh, penurunan berat badan yang drastik, target yang masih belum dipenuhi, atau pengharapan (expectation) yang tinggi pada seseorang yang telah berkurang beratnya. Contohnya: kemungkinan, apa yang diharapkan oleh seseorang setelah menurunkan berat badan, tidak tercapai sepenuhnya. Seperti ingin kelihatan seperti model. Perkara ini juga boleh disebabkan oleh  penurunan berat badan yang drastik sehingga, mindanya tidak mampu menyesuaikan diri dengan keadaannya sekarang. Kemungkinan juga, seorang yang telah turun berat badannya, masih blm mencapai target yang dibuat, sehingga dia merasakan dia masih gemuk.

Phantom fat adalah suatu gejala yang tidak sihat. Maka saya cuba untuk memberitahu diri saya bahawa, saya sudah hilang beberapa kilo dan nampaknya, bergambar dengan "badan" yang baru dan membandingkan dengan "badan" yang lama dapat sedikit sebanyak membantu saya memperoleh keyakinan diri. Semoga pembaca-pembaca saya tidak mengalami masalah yang sama dengan saya.
Di bawah ini adalah gambar yang saya gunakan untuk memotivasi diri supaya dapat menerima diri saya yang baru.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan