1. APA ITU BODY MASS INDEX (BMI)?
2. APA ITU KEGEMUKAN DAN OBESITI?
Kegemukan (overweight) adalah keadaan di mana apabila dihitung “Body Mass Index” > 25.0 kg/m2 (menurut WHO). Namun bagi penduduk asia BMI>23.0 -24.9 kg/m2 telah dikaitkan dengan pelbagai penyakit.
Obesiti adalah keadaan di mana BMI > 30.0 kg/m2 (menurut WHO) manakalah nilai yang dipakai di Asia adalah >25.0kg/m2
3. ADAKAH KEGEMUKAN MEMBERI KEMUDARATAN?
Orang yang mempunyai BMI >23, mempunya risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit-penyakit di bawah:a. Penyakit kardiovaskular (atau jantung)
b. Kegemukan yang disertai dengan kolestrol yang tinggi boleh menyebabkan batu pada hempedu.
c. Fatty liver (steatosis): penyakit pada hati
d. Sindrom metabolik: seperti kencing manis (Diabetes Mellitus) atau Glucose Resistance
e. Sesak (kerana lemak yang banyak di bahagian abdomen mendesak paru-paru, sehingga pengembangan paru tidak maksimal.
f. Sleep apnoea: berhenti nafas semasa tidur, disebabkan lemak yang terkumpul di leher.
g. Menstruasi tanpa ovulasi atau menurunnya kesuburan.
4. PERLUKAH SAYA MENURUNKAN BERAT BADAN?
Ya sekiranya BMI anda lebih dari 23. Terutama pada meraka yang
sudahpun mempunyai tanda-tanda penyakit-penyakit akibat kegemukan.
Bertindaklah segera dan bagi yang belum mempunyai penyakit, lakukan
pencegahan dengan menurunkan berat badan dengan cara yang disarankan
oleh doktor kerana tiada jalan mudah untuk menurunkan berat badan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan