Ahad, 25 Mac 2012

Bagaimana Senaman Mempengaruhi Jantung?


1. Senaman aerobik/ kardio
Apabila kita melakukan senaman kardio, aliran darah dalam tubuh kita akan lebih banyak mengalir ke bahagian otot yang bekerja dan aliran darah menjauhi bahagian tubuh yang tidak banyak bergerak (seperti tangan ketika berlari, atau sistem pencernaan). Hal ini akan menambahkan aliran darah dan volume/isipadu darah yang kembali ke jantung.

Jadi jantung akan berterusan menerima isipadu darah yang lebih besar, lama kelamaan ventrikel kiri akan menyesuaikan dengan keadaan ini, dan jantung kiri akan bertambah besar. Ruang jantung yang lebih besar akan dapat menampung lebih banyak darah dan akan memastikan lebih banyak isipadu darah di pam ke seluruh bahagian tubuh dalam satu denyutan jantung, hal ini tetap terjadi walaupun ketika kita sedang dalam keadaan rehat.

Lama kelamaan, dengan senaman kardio yang berterusan, denyut jantung pada saat rehat (resting heart rate) akan menurun disebabkan pada setiap denyutan, jantung mengepam isipadu darah yang lebih banyak ke seluruh tubuh sehingga denyutan jantung yang diperlukan berkurang. Perubahan yang terjadi pada jantung ini mengurangkan kerja jantung (kerana denyutan jantung yang menurun). Oleh disebabkan hal ini, senaman kardio lebih digalakkan bagi menjaga kesihatan jantung.
Walaubagaimanapun, senaman kardio juga dapat menimbulkan stress. Sekiranya senaman dilakukan secara berlebihan, badan akan sampai pada titik di mana hormon kortisol dihasilkan secara berlebihan. Ini akan menyebabkan turunnya imun sistem dan tejadi pengumpulan lemak di wajah dan abdomen.

Bagi orang yang mengalami stress, atau masalah pada pencernaan, atau stress fisiologi yang lainnya, tidak patut menambahkan stress dengan melakukan senaman secara berlebihan. Tetapkal gol anda, dan bersenamlah secara bersederhana, dan berusahalah menghilangkan stress anda.

2. Senaman Kekuatan (Strength Training) mempengaruhi kesihatan jantung.

Senaman kekuatan atau strength training exercise mempengaruhi jantung dengan cara yang berbeza. Pada waktu otot menguncup/kontraksi- contohnya pada bahagian lengan ketika melakukan senaman biceps- otot menekan dan menutup saluran darah yang melalui otot biceps. Ini menyebabkan peningkatan tekanan darah pada seluruh tubuh dan jantung perlu berdenyut lebih kuat untuk mengeluarkan darah dari jantung kerana terdapat halangan pada saluran darah yang tertekan tadi.

Jantung menyesuaikan diri dengan keadaaan ini dengan menambah ketebalan pada dinding ventrikel kiri. Penebalan dinding ventrikel yang disebabkan latihan berterusan dari strength training adalah sesuatu yang menyihatkan, tetapi penebalan akibat dari penyakit darah tinggi yang berterusan adalah tidak sihat.
Jadi apakah bezanya? Pada strength training, jantung cuma bekerja dengan tekanan yang tinggi sekitar 2-3 jam/ minggu bergantung kepada lamanya senaman yang dilakukan, tetapi jantung dengan penyakit darah tinggi tepaksa bekerja lebih kuat 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Jantung yang tidak sihat akan mengalami keletihan, tetapi jantung yang sihat akan menjadi semakin kuat dan denyutan jantung per minit berkurang (lower resting heart rate).

Senaman juga menstimulasi penghasilan saluran darah yang baru. Apabila semakin banyak saluran darah yang dihasilkan, semakin banyak tempat untuk aliran darah dan meningkatkan sirkulasi darah yang efisien.
Senaman kardio meningkatkan jumlah saluran darah manakala senaman kekuatan meningkatkan ukuran saluran darah.

Lakukanlah senaman yang teratur dan tersusun dan perhatikan makanan yang anda makan. Berlatihlah untuk makan secara sihat dan kurangi stress. Senaman dapat menurunkan tekanan darah ke tahap normal apabila dikombinasikan dengan penurunan stress dan diet yang efektif.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan